Raja permaisuri

Raja permaisuri,[1] permaisuri (daripada bahasa Sanskrit परमेश्वरी parameśvarī "wanita tertinggi") atau ratu damping ialah seorang isteri kepada penguasa sesebuah kerajaan yang bertakhta. Kuasa permaisuri terhad dan lebih ke arah istana, rakyat jelata dan wanita berbanding dengan peranan Ratu yang lebih berkuasa memerintah. Permaisuri atau suri juga bahasa istana bagi isteri.